Encik Zakrysham berusia 55 tahun, seorang warganegara Malaysia, menyertai Central Cables Berhad (“CCB”) pada 12 Januari 2015. Seorang Akauntan Bertauliah dan ahli MIA, Zakrysham membawa bersamanya pelbagai pendedahan industri daripada Perbankan dan Kewangan, Insurans, Logistik, Pembinaan, Pembuatan hinggalah Industri Perundingan dan Perkhidmatan. Beliau menawarkan pelbagai pengalaman fungsian daripada Kewangan dan Audit, IT, Strategi dan Perancangan Korporat, BD dan Pemasaran kepada L&D dan Pengurusan Bakat, yang mana merupakan portfolio terakhirnya dipegang di sebuah GLC sebelum menyertai CCB. Beliau memegang kelayakan ACCA (UK).
