Program "Kembali ke Sekolah (BTS)" dan OSH Day adalah program tahunan anjuran Central Cables Berhad. Program gabungan ini di rasmikan oleh Dr Raabayah (Ketua Pengarah JKKP) dan En Zakrysham Zainal Bahry (Ketua Pegawai Eksekutif) diiringi bersama En Mohd Aizat (Pegawai Besar Korporat & Strategi) dan En Zani Kassim (Pengerusi OSH).
Program kedua-dua tahun ini bertemakan keselamatan dengan tagline "Ketahui Keselamatan, Tidak Sakit". Anak-anak pegawai di "NURTURE" tentang keselamatan dan di samping itu, warga CENTRAL pula di ingat kan tentang pentingnya keselamatan di tempat kerja.
Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan bantuan sekolah untuk meringankan beban keluarga warga CENTRAL untuk anak mereka yang akan menduduki pendidikan bagi tahun 2020. Kami warga CENTRAL mengucapkan ribuan terima kasih atas pernyertaan ke program Kembali ke Sekolah 2020 dan Selamat bersekolah buat anak-anak tercinta.
Gigi Pak Dolah tinggal di sebelah,
Sedang jalan pun berpeluh-peluh,
Masa cuti dapat beg sekolah,
Selamat datang tahun dua puluh dua puluh.
74,785 total views